Rabu, 11 November 2009

Kejohanan Badminton inter hospital 2009


Sabtu 7hb November 2009 telah dilangsungkan kejohanan badminton yang bertempat di kompleks sukan kampung pandan yang membabitkan penyertaan 12 pasukan dari hospital dan fakulti perubatan di sekitar lembah klang.

Kejohanan in dianjurkan oleh Kelab kakitangan hospital sg buloh dan biro sukan dan rekreasi fakulti perubatan UiTM.

Medic badminton team juga menghantar penyertaan sebagai pendedahan pertama pemain-pemain dalam kejohanan badminton dimana menjadi titik tolak kepada penyertaan pasukan dengan lebih aktif. Selain menguji kekuatan dan kekurangan pasukan ia dapat juga mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan-kakitangan antara hospital dan juga fakulti perubatan. Dalam kejohanan ini keputusan nya adalah seperti berikut :

Johan : Pusat Perubatan UKM A
Naib Johan : Hospital Kuala Lumpur
Ke-Tiga : Hospital Sungai Buloh
Ke-empat : Hospital Selayang

Tahniah kepada pasukan yang bertanding dan setinggi penghargaan juga buat penganjuran kali pertama ini yang pasti akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menggalakkan sukan dan melahirkan pemain-pemain yang sihat dan cergas.

Salam Perkenalan penuh UKhwah



Salam,

Alhamdulillah, syukur ada Allah atas limpah kurnianya akhirnya dapat juga menyiapkan blog badminton team yang tak seberapa ini. Di harapkan kita dapat menggunakan saluran yang ada ini untuk kita mendapat dan berkongsi ilmu yang memberi manfaat kepada semua. Objektif blog ini dibuat adalah untuk kita memaparkan dan memberikan maklumat terkini berkaitan sukan badminton dan pergerakan badminton team untuk diketahui oleh semua pemain-pemain dan juga staff yang masih berminat dan ingin menyertainya.

Info terkini :

1)Latihan badminton akan dijalankan pada :

* Setiap hari Rabu (8.00malam - 10 malam )
* Setiap hari Sabtu (9.00 pagi - 11.00 pagi)

bertempat di Dewan badminton Intec UiTM, Seksyen 17 Shah Alam

2)Pada hari Sabtu (14hb November 2009) satu perlawanan persahabatan diantara Medic
Medic badminton team vs bendahari uitm yang akan berlangsung di dewan intec, sek 17

P/S : Diharap semua pemain memberikan komitmen dan hadirkan diri pada masa yang
ditetapkan.


Sekian, terima kasih

SUKAN UNTUK SEMUA, KESIHATAN BERPANJANGAN