Sabtu 7hb November 2009 telah dilangsungkan kejohanan badminton yang bertempat di kompleks sukan kampung pandan yang membabitkan penyertaan 12 pasukan dari hospital dan fakulti perubatan di sekitar lembah klang.
Kejohanan in dianjurkan oleh Kelab kakitangan hospital sg buloh dan biro sukan dan rekreasi fakulti perubatan UiTM.
Medic badminton team juga menghantar penyertaan sebagai pendedahan pertama pemain-pemain dalam kejohanan badminton dimana menjadi titik tolak kepada penyertaan pasukan dengan lebih aktif. Selain menguji kekuatan dan kekurangan pasukan ia dapat juga mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan-kakitangan antara hospital dan juga fakulti perubatan. Dalam kejohanan ini keputusan nya adalah seperti berikut :
Johan : Pusat Perubatan UKM A
Naib Johan : Hospital Kuala Lumpur
Ke-Tiga : Hospital Sungai Buloh
Ke-empat : Hospital Selayang
Tahniah kepada pasukan yang bertanding dan setinggi penghargaan juga buat penganjuran kali pertama ini yang pasti akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menggalakkan sukan dan melahirkan pemain-pemain yang sihat dan cergas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan